Apple Mungkin Akan Memperkenalkan Sokongan iMessage Pada iChat Di OS X

Apple Mungkin Akan Memperkenalkan Sokongan iMessage Pada iChat Di OS X

Diterbitkan pada Sep 15, 2011 oleh .

Nampaknya, berkemungkinan konsep yang pernah diperlihatkan sebelum ini akan menjadi kenyataan, kini dilaporkan iChat yang terdapat pada Mac OS X Lion turut mengintegrasikan beberapa kod awal yang mana menyerupai apa yang terdapat pada iMessage untuk iOS.


Konsep iMessage Pada OS X [via]

iMessage merupakan salah satu perkhidmatan permesejan diantara pengguna iOS yang mana bakal dilancarkan melalui iOS 5 tidak lama lagi. Dan melalui kod yang kelihatan, berkemungkinan Apple memperkenalkan salah satu fungsi permesejan antara platform iOS dan juga Mac dengan mudah melaluinya.

Ianya bukanlah sesuatu yang baru. Sebelum ini, Apple sendiri pernah memperkenalkan FaceTime untuk platform iOS dan kemudiannya memperkenalkan kepada para pengguna Mac. Pada masa yang sama, beberapa penganalisa turut memperkatakan yang mana Apple mungkin akan menyatukan iOS dan juga OS X dalam beberapa tahun lagi.

Walauapapun, sama-sama kita nantikan perkembangan perkhidmatan permesejan iMessage daripada Apple yang bakal dilancarkan tidak lama lagi melalui iOS 5.


TIPS & ULASAN