Google Membawakan Fungsi Edit Video Dengan Mudah Pada YouTube

Google Membawakan Fungsi Edit Video Dengan Mudah Pada YouTube

Diterbitkan pada Sep 15, 2011 oleh .

Dengan banyak perkhidmatan atas talian mula memperkenalkan pelbagi fungsi tambahan, kini YouTube turut melakukan langkah serupa. Bermula hari ini, para pengguna YouTube boleh edit dan ubahsuai video mereka secara terus melalui laman YouTube dengan mudah dan senang.

Secara ringkasnya, ianya merupakan salah satu aplikasi baru, yang mana membolehkan para pengguna untuk menambah-baik video-video sedia ada dengan senang, tanpa perlu memuat-naiknya kembali. Para pengguna boleh melakukan pelbagai perkara dengan senang, termasuk kurangkan gegaran, membuang beberapa saat tambahan, ataupun menambah efek dengan senang. Walaubagaimanapun, perkara ini efektif untuk video yang dibawah 1000 paparan sahaja, dan sekiranya lebih daripda 1000 paparan, maka ianya perlu di simpan sebagai video baru pada YouTube.

Fungsi baru ini akan diperkenalkan secara berperingkat oleh YouTube bermula daripada hari ini, dan akan dilihat oleh semua pengguna seluruh dunia tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN