Google Membeli Lebih 1000 Paten Daripada IBM Untuk Melindungi Android

Google Membeli Lebih 1000 Paten Daripada IBM Untuk Melindungi Android

Diterbitkan pada Sep 15, 2011 oleh .

Nampaknya, langkah Google bukan sahaja terhenti pada pembelian Motorola Mobility untuk penggunaan paten dan hak cipta. Google turut membeli sebanyak 1,023 paten dan hak cipta daripada IBM, dalam rangka memastikan Android tidak menjadi mangsa perlawanan paten antara Apple dan juga Microsoft.

Akhir-akhir ini, banyak gergasi menumpukan perhatian kepada paten, dimana banyak kedengaran saman-menyaman disebabkan pelanggaran paten. Mungkin dengan pembelian paten ini, selain daripada melindungi Android, ianya turut sama membolehkan Google dan pengeluar peranti sedia ada terus kekal menyokong Android, dan tidak meninggalkannya begitu sahaja.

Sebelum ini, ianya sering kedengaran beberapa syarikat pengeluar peranti Android, seperti Samsung dan HTC yang sering diserang disebabkan pelanggaran paten. Kini, dengan penambahan paten sedikit demi sedikit oleh Google, mungkin perkara ini dapat diatasi dengan mudah, selain terus memastikan pembangunan ekosistem Android.


TIPS & ULASAN