Twitter Kini Boleh Digunakan Sepenuhnya Dalam Bahasa Melayu

Twitter Kini Boleh Digunakan Sepenuhnya Dalam Bahasa Melayu

Diterbitkan pada Sep 15, 2011 oleh .

Seperti mana yang kami perkatakan sebelum ini, kini Twitter sudah pun boleh didapati dalam bahasa Melayu, selain daripada beberapa bahasa lain, termasuk Hindi dan juga Bahasa Cina Tradisional, menjadikan jumlah bahasa yang disokong oleh Twitter kini berjumlah 17 bahasa.

Bagi para pengguna tempatan yang ingin menggunakan bahasa Melayu sebagai bahasa utama di Twitter, anda cuma perlu ke halaman tetapan, dan seterusnya dibahagian Language, pilih Bahasa Melayu, dan seterusnya menyimpan tetapan dan sudah boleh menggunaan Twitter dalam bahasa Melayu sepenuhnya.

Berkemungkinan, selepas ini, kita akan dapat turut sama melihat aplikasi rasmi Twitter turut sama ditawarkan dalam bahasa Melayu. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN