iPad 2 Pada Harga Serendah RM750 Di Lowyat Hari Ini Sehingga 18 September

iPad 2 Pada Harga Serendah RM750 Di Lowyat Hari Ini Sehingga 18 September

Diterbitkan pada Sep 15, 2011 oleh .

Mungkin semua sedia kenali akan Plaza Lowyat, iaitu pusat membeli-belah barangan digital terbesar di Malaysia. Menariknya, bersempena dengan ulang-tahun mereka yang ke-11, pelbagai barangan dijual pada harga yang amat rendah sekali bermula daripada 15 September sehingga 18 September ini.

Antara barangan yang menarik minat adalah termasuk iPad generasi pertama pada harga serendah RM480, iPad 2 pada harga serendah RM750, DroidPad daripada CSL pada harga cuma RM11, Sony PSP Go pada harga serendah RM250, Acer Aspire One pada harga RM259, Nintendo DS Lite pada harga cuma RM150, serta beberapa barangan tambahan lain pada harga serendah RM1.

Para pengguna yang berminat boleh mendapatkan pelbagai barangan digital pada hari ini di Plaza Lowyat bermula daripada pukul 1 petang ini. Untuk menyertainya, para pembeli hanya perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM50, dan mendapatkannya pada harga diskaun.

Kemaskini Ianya diperkatakan yang mana para pengguna perlu membelanjakan sekurang-kurangnya RM50 pada kedai yang mengambil-bahagian, dan seterusnya perlu membuat cabutan bertuah. Apa yang dibenarkan untuk dibeli adalah berdasarkan kepada apa yang tercatat pada cabutan tersebut.

Mungkin sepatutnya pihak Plaza Lowyat perlu menerangkannya secara menyeluruh pada promosi mereka, supaya ramai tidak rasa tertipu dengan promosi mereka.

Sumber awal : Shopping n Sales


TIPS & ULASAN