Demo Windows Store Pada Sistem Operasi Windows 8 Diperlihatkan

Demo Windows Store Pada Sistem Operasi Windows 8 Diperlihatkan

Diterbitkan pada Sep 15, 2011 oleh .

Seperti semua sedia maklum, salah satu perkara baru pada Windows 8 adalah fungsi kedai atas-talian yang diintegrasikan untuk membuat pembelian aplikasi, dan muat-turun aplikasi dengan mudah, iaitu Windows Store. Ketika pelancaran dan pengumuman Windows 8 tempoh hari, Microsoft pada masa yang sama, turut memberikan demonstrasi ringkas Windows Store yang dinantikan ramai.

Windows Store turut sama menggunakan antaramuka Metro seperti desktop Windows 8. Ianya menggunakan HTML5 dan juga JavaScript untuk beroperasi sepenuhnya, dan menjanjikan persekitaran yang selamat untuk pelbagai jenis transaksi. Pada masa yang sama, para pembangun aplikasi juga boleh mengintegrasikan sokongan Windows Store pada halaman mereka dengan mudah, dan menguruskan muat-turun sepenuhnya melalui Windows Store.

Mereka yang berminat, boleh memuat-turun Windows 8 versi pembangunan dalam variasi 32-bit dan juga 64-bit, dan mencubanya hari ini.


TIPS & ULASAN