TM Bakal Menayangkan Dokumentari Ringkas Berkaitan UniFi Esok

TM Bakal Menayangkan Dokumentari Ringkas Berkaitan UniFi Esok

Diterbitkan pada Sep 15, 2011 oleh .

Mungkin ramai yang tidak ketahui yang mana TM telah membangunkan dan memperkenalkan perkhidmatan mereka secara komersial dalam masa yang paling pendek didunia, serta mencatatkannya sebagai salah satu rekod baru. Dan pelbagai perkara menarik lagi yang tidak diketahui mengenai projek UniFi daripada Telekom Malaysia. Dan untuk memberikan pendedahan berkaitan dengannya, TM akan menayangkan sebuah dokumentari khas esok di NTV7, RTM dan juga ASTRO.

Dokumentari selama 40-minit daripada TM itu bertajuk Fast Forward Malaysia : The High Speed Broadband Project akan membawakan pelbagai informasi menarik berkaitan dengan projek jalur-lebar berkelajuan tinggi di Malaysia. Bagi yang berminat, boleh menontonnya di NTV7 pada pukul 8.30 malam esok, ataupun siaran ulangannya di RTM2 pada 18 September pada pukul 9.00 malam.


TIPS & ULASAN