P1 Menerangkan Perbezaan Rangkaian Mereka Dulu Dan Kini

P1 Menerangkan Perbezaan Rangkaian Mereka Dulu Dan Kini

Diterbitkan pada Sep 15, 2011 oleh .

Seperti semua sedia maklum, P1 amat popular dengan kempen Potong mereka, yang mana telah menarik minat ramai pengguna untuk mendaftarkan akaun. Namun, ianya menjadi suatu masalah besar apabila rangkaian mereka tidak dapat menyokong angka pengguna yang tinggi ketika itu, sekaligus ramai yang mengkritik perkhidmatan mereka. Kini, melalui sebuah video ringkas, P1 memberikan penerangan mengenai apa yang telah diubah sejak daripada itu.

Menurut pihak P1, kualiti rangkaian dan perkhidmatan mereka yang suatu ketika dulu hanya sekitar 60%, kini telah pun memperlihatkan peningkatan dari semasa ke semasa, dan kini peratus kualiti perkhidmatan mereka telah mencapai lebih 95%. P1 turut mengatakan yang mana mereka kini telah memperbaiki rangkaian mereka, menyokong pengguna dalam angka yang lebih tinggi lagi.

Pada hari ini, P1 diperkatakan telah meliputi lebih 50% kawasan perumahan di Malaysia, dan telah membelanjakan jutaan wang, serta menerima pelaburan daripada pihak SK Telecom dalam terus memperluaskan dan meningkatkan perkhidmatan mereka.


TIPS & ULASAN