Selain Maxis dan Celcom, kini DiGi turut sama mula menawarkan peranti BlackBerry Torch 9810 kepada para pelanggannya bersama-sama dengan pelan DiGi Smart Plan, pada harga serendah RM1,249. Para pengguna yang ingin mendapatkannya tanpa kontrak, masih boleh mendapatkannya pada harga RM1988.
Melalui DG Smart Plan, DiGi menawarkan dua pelan pilihan untuk para pengguna, iaitu DG 48 dan juga DG68, yang mana masing-masing perlu ditambah dengan RM10 untuk menggunakan perkhidmatan BIS. Selain daripada itu, DiGi turut sama menawarkan pelan bayaran bulanan, bagi yang tidak ingin membayar harga peranti itu sekaligus.
Selain daripada Torch 9810, DiGi juga pada masa yang sama, turut menawarkan BlackBerry Bold 9900 kepada para penggunanya. kedua-dua peranti ini turut sama boleh didapati daripada pengedar rasmi BlackBerry seluruh negara bermula hari ini.