Carian
Video Trailer Pertama Max Payne 3 Diperlihatkan Oleh Rockstar
September 15, 2011 Aman

Dengan pengumuman mengenai pelancaran Max Payne 3 pada bulan Mac 2012, kini Rockstar Games telah pun mengeluarkan video promosi pertama untuknya, memberikan idea awal, apakah yang ianya akan kisahkan, selain pada masa yang sama memperlihatkan bentuk grafik dan permainan yang akan dibawakan oleh Max Payne 3 kelak.

Secara ringkasnya, ianya mengisahkan kisah Max yang masih lagi dihantui trauma yang lepas, dia memulakan kehidupan baru sebagai salah seorang pengawal peribadi melindungi salah seorang klien yang kaya di San Paulo, Brazil. Dan apabila ada yang menyerang klien Max, dia terpaksa berusaha untuk melindungi mereka, dan pada masa yang sama turut membersihkan nama dia sendiri.

Selain daripada kisah ringkas tersebut, trailer ringkas ini juga turut memperlihatkan beberapa peningkatan grafik dan juga bentuk permainan yang dibawakan oleh enjin baru daripada Rockstar Games. Max Payne 3 bakal dilancarkan pada bulan Mac 2012 akan datang pada platform Xbox 360, PlayStation 3 dan juga PC.

Komen