Windows 8 Dimuat-Turun Lebih 500,000 Dalam Tempoh Kurang 12 Jam

Windows 8 Dimuat-Turun Lebih 500,000 Dalam Tempoh Kurang 12 Jam

Diterbitkan pada Sep 15, 2011 oleh .

Seperti sedia maklum, Microsoft telah pun mengeluarkan Windows 8 Dev Preview semalam, membolehkan semua pengguna seluruh dunia memuat-turunnya dengan mudah, tanpa melalui sebarang proses yang sukar. Dan menariknya, daripada statistik yang dikeluarkan oleh Microsoft, ianya diperkatakan yang mana Windows 8 telah dimuat-turun lebih 500,000 kali dalam tempoh kurang 24 jam ianya dilepaskan.

Sehingga kini, ianya masih tidak diketahui berapakah jumlah muat-turun keseluruhan yang telah di jana oleh Microsoft melalui Windows 8 Dev Preview. Tetapi, dengan angka muat-turun yang tinggi ini, ianya memperlihatkan ramai yang menantikan sistem opearasi generasi baru daripada Microsoft itu.

Melalui Windows 8, ianya kelak akan membawakan antaramuka Metro yang dioptimasikan untuk skrin sentuh dan juga pengguna desktop biasa, didatangkan bersama-sama dengan Internet Explorer 10, serta memperkenalkan Windows Store untuk memudahkan proses muat-turun aplikasi dan perisian.

Bagi mereka yang berminat, anda boleh muat-turun Windows 8 Dev Preview daripada laman rasmi Microsoft dengan mudah bermula hari ini, dalam variasi 32-bit dan juga 64-bit.


TIPS & ULASAN