Mungkin semua sudah kenal aplikasi TableFour.us yang menawarkan kebolehan untuk membuat tempahan meja makan di beberapa restoran. Akhir-akhir ini, pihak pembangunnya kelihatan aktif menambah beberapa restoran baru dan kini jumlah restoran yang menyokong TableFour.us adalah 12.
Selain daripada itu, pada masa yang sama, para pembangunnya kini turut memperkatakan yang mana mereka akan melancarkan TableFour.us versi web tidak lama lagi, dimana berkemungkinan melaluinya, para pengguna akan boleh menempah meja makan kegemaran mereka terus melalui pelayar web desktop masing-masing. Baru-baru ini, TableFour.us turut sama telah memperkenalkan rekabentuk halaman web yang serba baru untuk para pengguna mereka.
Buat masa ini, TableFour.us hanya ditawarkan untuk para pengguna iPhone sahaja, dan masih tidak diketahui mengenai bilakah aplikasi TableFour.us untuk platform lain akan diperkenalkan oleh mereka.