Carian
Pengguna PayPal Di Malaysia Kini Berjumlah Lebih 1.2 Juta Orang
September 15, 2011 Aman

PayPal boleh dikatakan sebagai salah satu medium pembayaran terkemuka di dunia, dan mereka tidak ketinggalan di Malaysia. Perkhidmatan ini menerima sokongan pelbagai pihak termasuk bank tempatan dan juga syarikat telekomunikasi tempatan. Melalui data terkini yang didapati pengguna PayPal di Malaysia dianggarkan berjumlah 1.2 juta orang.

Menariknya adalah di mana angka pengguna PayPal Malaysia meningkat dari hari ke hari, sekaligus memperlihatkan peningkatan penggunaan kaedah pembelian atas talian melalui PayPal. Pada masa yang sama, peningkatan angka laman-laman diskaun harian yang menggunakan PayPal sebagai salah satu medium pembayaran juga turut menyumbang kepada perkara ini.

PayPal sendiri sebelum ini, pada awal tahun ini telah membuka pusat khidmat pelanggan mereka secara rasminya di Malaysia. Berkemungkinan, ianya merupakan salah satu penyumbang kepada perkara ini. Sama-sama kita nantikan perkembangan PayPal di Malaysia dalam bulan-bulan akan datang.

 

PayPal Malaysia Users is at 1.2 Million and counting up. #PayPal #Malaysia #E-commerce http://t.co/GgnZsGwQless than a minute ago via HootSuite Favorite Retweet Reply

Komen