Cari @ Amanz

Sepanjang minggu lepas, ianya kelihatan yang mana ramai menggunakan Google Malaysia untuk membuat carian berkenaan dengan Miss Universe dan juga beberapa carian popular lain yang agak menarik, yang mana memperlihatkan carian yang lebih ke arah sukan dan juga hiburan.

Berikut merupakan 10 carian terhangat yang dilakukan di Google Malaysia sepanjang daripada 9 September sehingga 15 September 2011;

Caralina Robayo

Salah seorang peserta di Miss Universe, iaitu Miss Colombia yang berusia lebih kurang 22 tahun ini telah dikenakan amaran ke atas pemakaian beliau, setelah gambar beliau yang kurang enak dirakamkan sebelum acara rasmi tersebut.

Piala Malaysia 2011

Dengan bermulakan Piala Malaysia edisi tahun 2011 pada 6 September yang lepas, ianya memperlihatkan ramai penyokong dan peminat tempatan mula mencari pelbagai maklumat berkaitan dengan Piala Malaysia, termasuk jadual permainan dan juga keputusan permainan yang diadakan.

Miss Universe / Deborah Henry

Sepanjang minggu lepas, carian mengenai Miss Universe turut memperlihatkan peningkatan yang tinggi, dimana Malaysia telah diwakili oleh Deborah Henry. Namun beliau gagal untuk melepasi tangga 16 teratas, dan acara tersebut di menangi oleh Miss Angola, Leila Lopes.

Mooncake Festival

Salah satu perayaan yang disambut pada bulan ini adalah Perayaan Mooncake, yang mana disambut oleh majoriti penduduk berbangsa Cina di Malaysia. Ramai yang mula mendapatkan maklumat lanjut mengenainya supaya tidak ketinggalan untuk menyambutnya, dan juga untuk mengucapkan ucapan kepada rakan-rakan terdekat mereka.

US Open

Para peminat sukan tenis tempatan telah mendapatkan pelbagai maklumat tambahan mengenai perlawanan akhir piala US Open yang memperlihatkan Novak Djokovic dan juga Samantha Stosur memenanginya pada 12 September lepas.

Noramfaizul

Berita mengenai salah seorang jurukamera Bernama TV terus dicari oleh lebih ramai pengguna tempatan, terutamanya informasi mengenai penyiasatan yang sedang berlaku berkenaan dengan kematian beliau di Mogadishu.

Apollo 18

Salah satu filem yang dinantikan ramai adalah Apollo 18 yang mana mula dimainkan di pawagam seluruh negara bermula daripada 9 September yang lepas, mengisahkan mengenai 2 angkasawan dari Amerika yang dihantar ke bulan untuk menjalankan sebuah misi rahsia.

Mat Indera / Bukit Kepong

Komen daripada Mat Sabu telah meningkatkan minat carian oleh ramai pengguna tempatan untuk mendapatkan lebih banyak maklumat dan juga berita mengenai dua topik bersejarah ini.

Malaysian Boy

Salah satu carian terhangat sepanjang minggu lepas adalah mengenai video Malaysian Boy, dimana ianya diperkatakan salah satu imej yang bermisteri telah dirakamkan pada video klip tersebut.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd