Cari @ Amanz

Projek Khidmat Masyarakat – Undilah Dilancarkan Kepada Umum

Oleh Aman

Link Copied!

Seperti mana yang kami laporkan sebelum ini, hari ini Pete Teo secara rasminya melancarkan laman Undilah, yang membawakan mesej berkenaan hak mengundi dikalangan semua warganegara, yang mana pada masa yang sama turut menentukan halatuju sesebuah negara, dari segi ekonomi, politik dan juga sosial.

Sama seperti Projek 15 Malaysia sebelum ini, melalui Undilah, para pengguna boleh menonton video melalui YouTube, selain pada masa yang sama turut, memuat-turunnya dan berkongsi bersama rakan-rakan mereka yang lain dengan mudah.

Menariknya pada Undilah adalah dimana laman tersebut turut sama dioptimasikan sepenuhnya untuk pengguna peranti mudah-alih, membolehkan anda berkongsi pelbagai perkara menarik bersama-sama dengan rakan-rakan anda, tidak kira tempat dan masa.

Projek khidmat masyarakat Undilah ini turut sama melibatkan lebih daripada 40 personaliti tempatan bukan sahaja dari kalangan artis, tetapi turut melibatkan ahli politik dari Barisan Nasional dan juga Pakatan Rakyat. Para pengguna yang berminat, boleh mendapatkan lebih banyak maklumat berkaitan dengan projek Undilah ini terus melalui halaman rasmi mereka.


Komen ()