Aplikasi Molome Turut Dilancarkan Untuk Para Pengguna BlackBerry

Aplikasi Molome Turut Dilancarkan Untuk Para Pengguna BlackBerry

Diterbitkan pada Sep 16, 2011 oleh .

Salah satu aplikasi untuk edit gambar yang menarik adalah Molome, dan kini selepas melancarkan aplikasi mereka untuk para pengguna Symbian dan juga Android, kini ianya kelihatan Molome untuk BlackBerry turut sama telah diperkenalkan, membolehkan semua pengguna BlackBerry OS 5, 6, dan 7 memuat-turun dan menggunakan aplikasi tersebut.

Molome untuk BlackBerry turut membawakan beberapa kelainan berbanding versi Symbian dan juga Android, dimana ianya membawakan antaramuka yang serba baru dan berbeza, serta sistem notifikasi yang serba baru dan menarik. Pada masa yang sama, Molome turut memperlihatkan yang mana kemaskini aplikasi tersebut untuk pengguna Android dan Symbian akan diperkenalkan tidak lama lagi.

Bagi para pengguna BlackBerry dengan BB OS 5 dan terkini, anda boleh memuat-turunnya terus melalui BlackBerry App World, dan mula menggunakannya hari ini.

Tips awal daripada @his_her


TIPS & ULASAN