Peranti BlackBerry Sebagai Kad Akses Memasuki Bangunan?

Peranti BlackBerry Sebagai Kad Akses Memasuki Bangunan?

Diterbitkan pada Sep 16, 2011 oleh .

Nampaknya, mungkin BlackBerry akan mula mendapat perhatian pengguna korporat kembali dalam beberapa bulan akan datang. Ini adalah kerana, kini ianya dilaporkan yang mana melalui cip NFC yang diintegrasikan bersama-sama peranti mereka, ianya kelak akan membolehkan para penggunanya menggunakannya sebagai salah satu kunci untuk memasuki bangunan, mengantikan cip pada kad yang digunakan sekarang.

Seperti sedia maklum, buat masa ini, beberapa bangunan pejabat swasta dan juga kerajaan menggunakan kad khas untuk mengakses ke sesuatu bahagian. Salah satu pengeluar kad terkemuka yang memberikan akses sedemikian adalah HID Global, dan hari ini, RIM dan HID Global telah pun mengumumkan kerjasama, mengatakan yang mana Bold dan juga Curve baru dengan BlackBerry 7 akan menyokong akses sedemikian.

Selain daripada pada pejabat, teknologi tersebut turut sama boleh digunakan pada universiti, yang mana akan memudahkan proses pengambilan kedatangan dan sebagainya, dan mungkin kita akan dapat melihat implementasi teknologi tersebut tidak lama lagi.

Buat masa ini, ianya masih lagi tidak diketahui bagaimana proses transasinya akan diambil. Mungkin ianya akan diketahui dalam masa beberapa minggu lagi. Sama-sama kita nantikan perkembangannya.


TIPS & ULASAN