Carian
Microsoft Memperlihatkan Sokongan Panggilan Video Pada Windows Phone Mango
September 16, 2011 Aman

Salah satu perkara baru yang dapat dilihat pada peranti-peranti Windows Phone Mango adalah kamera hadapan. Dan kini, melalui sebuah video ringkas daripada Microsoft, mereka mendemonstrasikan fungsi panggilan video menggunakan Windows Phone, melalui peranti HTC TITAN yang dilancarkan baru-baru ini.

Melalui video tersebut, Microsoft mendemonstrasikan fungsi panggilan video, bukan sahaja menggunakan kamera hadapan, tetapi turut sama boleh memindahkannya kepada video belakang dengan mudah.

Walaubagaimanapun, buat masa ini, tiada aplikasi lalai panggilan video yang didatangkan bersama-sama dengan Windows Phone 7.5, sebaliknya perlu menggunakan aplikasi pihak ketiga seperti Tango dan lain-lain. Berkemungkinan, Skype yang bakal dilancarkan untuk Windows Phone juga turut sama akan membawakan sokongan tersebut.

Melalui video tersebut juga, Microsoft mengatakan yang mana mereka bakal melancarkan kemaskini Window Phone Mango kepada pengguna sedia ada, tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.

Komen