Cari @ Amanz

Kini, Research In Motion telah mengeluarkan laporan tahunan suku tahun kedua mereka mengejutkan pelbagai pihak di mana mereka tidak mencapai pelbagai sasaran jualan. Secara ringkasnya keuntungan RIM jatuh sehingga 47%, berkemungkinan daripada persaingan sengit dalam dunia tablet dan juga telefon pintar.

Melalui laporan yang dikeluarkan, ianya turut memperlihatkan yang mana RIM hanya mengeluarkan lebih kurang 10.6 juta telefon pintar sepanjang tempoh tersebut, dan sebanyak 200,000 tablet pertama mereka, iaitu BlackBerry PlayBook. Kedua-duanya diperkatakan adalah dibawah sasaran para penganalisa untuk tempoh tersebut.

Walaubagaimanapun, berkemungkinan ianya terlalu awal untuk membuat sebarang jangkaan, dimana RIM baru sahaja memulakan jualan peranti BlackBerry 7 mereka. Selain daripada itu, beberapa perkara baru juga dijangka akan diperkenalkan pada PlayBook, seperti sokongan aplikasi Android, dan juga sokongan emel dan BBM padanya.

Sama-sama kita nantikan perkembangan RIM dalam usaha untuk menaikkan jenama mereka kembali.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd