Seperti sedia maklum, ketika pelancaran Windows 8 tempoh hari Microsoft turut mengedarkan sebuah tablet khas yang didatangkan bersama-sama dengan Windows 8 versi pembangunan. Menariknya, kini penulis di WinRumors telah menyediakan sebuah video khas, membandingkannya bersama-sama dengan tablet paling popular didunia, iPad yang menggunakan iOS 5 Beta.
Seperti sedia maklum, Windows 8 masih lagi pada peringkat Dev-Preview, dan perlu melalui pembangunan yang banyak lagi, sebelum benar-benar stabil, dan memperlihatkan fungsi sepenuhnya. Namun begitu, melalui video yang diperlihatkan, ianya sudah pun mula memperlihatkan kelebihannya yang tersendiri, apatah lagi Windows 8 dioptimasikan sepenuhnya untuk skrin sentuh dan juga tablet.
Jadi, mungkinkah kita akan dapat melihat Microsoft bersaing dengan sihat pada platform tablet melalui Windows 8 setelah ianya dilancarkan kelak?