Antaramuka Metro Dioptimumkan Untuk Bebas Plugin – Selamat Tinggal Flash?

Antaramuka Metro Dioptimumkan Untuk Bebas Plugin – Selamat Tinggal Flash?

Diterbitkan pada Sep 16, 2011 oleh .

Bersama-sama Windows 8, salah satu aplikasi utamanya adalah Internet Explorer 10. Kini, Microsoft sendiri mengatakan bahawa mereka akan memperkenalkan dua versi IE, di mana salah satunya akan dioptimumkan sepenuhnya untuk skrin sentuh, dan tidak akan menyokong plugin tambahan seperti Adobe Flash.

Sebaliknya, Microsoft akan lebih memfokuskan kepada HTML5 untuk menjayakan tablet mereka. Dengan penggunaan tersebut, ianya akan membolehkan Microsoft menawarkan lebih keselamatan kepada pengguna Windows 8 mereka, selain pada masa yang sama menawarkan lebih privasi, dan jangka masa penggunaan yang lebih lama berbanding kebiasaan.

Buat masa ini, Internet Explorer 10 masih lagi pada peringkat pembangunan, dan baru sahaja melepaskan versi IE10 Platform Preview 3 kepada umum pada minggu ini. Pada masa yang sama, Microsoft turut sama menawarkan Windows 8 Dev-Preview untuk dimuat-turun oleh semua, dan menguji sistem operasi generasi baru Windows itu.


TIPS & ULASAN