Nampaknya dunia IPTV dan TV berasaskan internet di Malaysia terus berkembang, dimana selain daripada Tonton dan juga Asyik.TV yang bakal dilancarkan tidak lama lagi, dan salah satu syarikat tempatan yang tidak berapa mendapat perhatian adalah FineTV. Namun berbeza dengan yang lain, adalah dimana mereka hanya sekadar menawarkan perkhidmatan berbayar sahaja, pada langganan RM50 selama 6 bulan.
Menurut FineTV juga, mereka mempunyai lesen daripada pihak SKMM untuk menjadi IPTV di Malaysia, dan buat masa ini, berpangkalan di Nilai, Negeri Sembilan. Buat masa ini, ianya dilihat yang mana laman rasmi FineTV memerlukan pelbagai pembaikkan lagi, Melalui laman FineTV, mereka telah melancarkan perkhidmatan IPTV mereka sejak daripada tahun 2005, namun ianya kelihatan seperti perkhidmatan tersebut tidak dipromosikan sepenuhnya.
FineTV juga memperkatakan yang mana perkhidmatan mereka mesra peranti mudah-alih, membolehkan para pegguna menontonnya pada tablet dan juga telefon pintar, Buat masa ini, kami masih lagi belum dapat mengujinya secara keseluruhan, dan tidak dapat memberikan komen sepenuhnya berkaitan perkhidmatan ini.
Tips daripada RotiKaya