Ura-Ura : Microsoft Dalam Perbincangan Awal Untuk Membeli Yahoo!?

Ura-Ura : Microsoft Dalam Perbincangan Awal Untuk Membeli Yahoo!?

Diterbitkan pada Sep 17, 2011 oleh .

Dengan keadaan di Yahoo! yang kelihatan tidak begitu stabil, kini ianya mula kedengaran ura-ura awal memperkatakan yang mana Microsoft kini dalam perbincangan awal untuk mengambil-alih dan membeli Yahoo!. Semestinya, dengan enjin Yahoo! yang kini dijana oleh Microsoft, penyertaan Yahoo! bersama Microsoft lebih menarik berbanding AOL.

Sebelum ini sendiri, Microsoft pernah menawarkan untuk membeli Yahoo!, namun ianya telah ditolak oleh pihak Yahoo!, dimana kemudiannya melalui pertukaran CEO baru, Yahoo! telah menandatangani perjanjian bersama-sama Microsoft, dimana Bing akan menjana Yahoo! untuk suatu tempoh.

Dan, kini, dengan pemecatan CEO Yahoo! yang lama, ura-ura berkaitan pembelian mula kedengaran kembali. Buat masa ini, ianya kelihatan yang mana tiada sebarang teknologi spesisfik yang mungkin menarik minat pihak Microsoft, selain daripada emel dan juga Yahoo! Messenger yang masih kekal popular sehingga kini.


TIPS & ULASAN