Lagi Laporan Mengatakan Pelancaran iPhone 5 Oktober Ini

Lagi Laporan Mengatakan Pelancaran iPhone 5 Oktober Ini

Diterbitkan pada Sep 17, 2011 oleh .

Menghampiri penghujung bulan September, lebih banyak ura-ura berkaitan dengan iPhone generasi baru mula kedengaran. Sebelum ini, pernah diperkatakan  iPhone akan mula dijual bermula 7 Oktober, tetapi kini dilaporkan akan mula dijual pada 15 Oktober pula.

Namun begitu, seperti biasa, Apple masih lagi menyimpan rahsia mereka, dan tidak mengeluarkan sebarang pengumuman berkaitan dengannya. Ramai yang mengeluarkan spekulasi masing-masing, dan sedikit demi sedikit info baru mengenainya mula kelihatan.

Sebelum ini, beberapa bekas pelindung iPhone 5 mula memperlihatkan rekabentuk baru mereka, selain pelindung skrin yang menunjukkan butang baru pada iPhone 5. Namun begitu, ianya masih lagi tidak disahkan sepenuhnya buat masa ini.

Walaubagaimanapun, seperti sedia maklum, Apple tidak akan melancarkan iPhone 5 disemua negara serentak, dan mungkin kita akan dapat melihat pelancaran di Amerika Syarikat pada 7 Oktober, di Eropah minggu kemudiannya, dan mungkin di Malaysia dalam masa sebulan dua selepas itu. Namun begitu, ini hanya sekadar spekulasi kami sahaja buat masa ini. Walauapapun, sama-sama kita nantikan berita lanjut mengenai iPhone 5 ini.


TIPS & ULASAN