Carian
Facebook Menguji Bar Bahagian Atas Statik Secara Lebih Meluas Lagi
September 17, 2011 Aman

Setelah sebelum ini Facebook menguji bar bahagian atas Facebook secara statik pada hanya sejumlah kecil pengguna sahaja, kini bermula hari ini, ianya dilihat yang mana Facebook mula mengujinya pada lebih ramai pengguna, sekaligus memberikan idea awal, mungkin ianya akan diperkenalkan kepada semua tidak lama lagi.

Buat masa ini, motif pertukaran ini masih tidak diketahui lagi. Namun apa yang kelihatan adalah dimana mereka lebih memfokuskan kepada bar carian mereka, yang mana kini mengikuti pengguna kemana-mana sahaja, selain daripada ikon notifikasi.

Mungkin kita akan dapat mendengar lebih banyak maklumat berkaitan dengan perubahan yang bakal diperkenalkan oleh Facebook ini pada acara F8 mereka yang akan diadakan tidak lama lagi. Sebelum ini, Facebook turut sama telah memperkenalkan fungsi Smart Circles dan juga sokongan langganan pada laman mereka, mengikuti jejak langkah beberapa produk pesaing mereka, termasuk Google+ dan juga Twitter.

Komen