Cari @ Amanz

Seperti mana yang dinantikan ketika permulaan pembangunan Chromium 16 tempoh hari, kini, hari ini, secara rasminya Google telah pun mengeluarkan Google Chrome 14 kepada saluran stabil, membolehkan semua pengguna menggunakan pelayar web generasi baru daripada Google itu, yang mana membawakan pelbagai perkara baru bersama dengannya.

Melalui Chrome 14, Google lebih memfokuskan kepada aplikasi web dan juga permainan, dimana melaluinya, ianya membawakan sokongan kepada kebolehan untuk menjalankan aplikasi yang dibangunkan menggunakan C++ dengan mudah terus melalui pelayar web. Buat masa ini, ianya hanya menyokong aplikasi pada Chrome Web Store sahaja, tetapi dijangka akan memperluaskannya lagi tidak lama lagi.

Selain daripada itu, kemaskini ini turut membawakan beberapa sokongan baru kepada para pengguna OS X Lion, seperti sokongan skrin penuh dan sebagainya, selain secara amnya menyelesaikan pelbagai pepeijat yang telah dikenal pasti, dan mengoptimasikannya menjadi lebih pantas dan stabil berbanding sebelumnya.

Bagi para pengguna sedia ada Chrome, pelayar web anda akan dikemaskini secara automatik kepada versi terkini, dan bagi para pengguna baru yang berminat, anda boleh memuat-turunnya terus daripada halaman rasmi Google Chrome, dan mula menggunakannya sekarang.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd