Microsoft Memperlihatkan Aplikasi Dalam Bentuk Metro Dan Perkongsian Melalui SkyDrive

Microsoft Memperlihatkan Aplikasi Dalam Bentuk Metro Dan Perkongsian Melalui SkyDrive

Diterbitkan pada Sep 17, 2011 oleh .

Seperti sedia maklum, melalui Windows 8, ianya membawakan antaramuka serba-baru, dikenali sebagai Metro. Bersama-sama dengan desktop, beberapa aplikasi terbina padanya turut menerima kesan tersebut, termasuk aplikasi gambar, emel, kalendar, People, dan juga permesejan, yang mana Microsoft memperlihatkannya dalam sebuah video ringkas mereka.

Jikalau dilihat, ianya serba sebanyak menyerupai aplikasi sama pada Windows Phone, dan mungkin ianya merupakan salah satu usaha Microsoft untuk menyatukan kedua-dua sistem operasi ini. Pada masa yang sama, apa yang dapat dilihat adalah ianya turut mengutamakan pada perkongsian awan, membolehkan pengguna mengakses gambar melalui sebarang PC, serta pada masa yang sama, menghantar dan menerima mesej dan emel dengan mudah.

Buat masa ini, Microsoft hanya mengeluarkan Windows 8 Dev Preview yang mana boleh dimuat-turun oleh semua secara percuma, dan mengujinya terlebih dahulu.


TIPS & ULASAN