Selain daripada Nokia N9 yang menggunakan sistem operasi MeeGo, Nokia juga turut sama mengeluarkan peranti Nokia N950 yang turut sama menggunakan MeeGo, namun ianya bukanlah untuk dijual, sebaliknya dikhaskan untuk para pembangun, dan diberikan secara percuma oleh Nokia kepada pembangun seluruh dunia.
Melalui Nokia N950, ianya membawakan skrin sentuh, dan secara kasarnya menyerupai Nokia N9, tetapi didatangkan bersama-sama dengan papan kekunci boleh luncur QWERTY. Ianya turut menyertakan kamera 12 megapixel, cip pemprosesan 1GHz, dan menggunakan sistem operasi MeeGo 1.2 Harmattan. Memandangkan ianya hanyalah peranti untuk para pembangun, maka ianya tidak dijual kepada umum, dan di Malaysia sahaja, terdapat kurang daripada 20 orang yang memiliki peranti ini, menjadikannya amat eksklusif sekali.
Peranti milik Asri Al-Baker