Kemaskini PlayBook 2.0 Oktober Ini Bakal Membawakan Pelbagai Fungsi Baru Yang Ditunggu-tunggu

Kemaskini PlayBook 2.0 Oktober Ini Bakal Membawakan Pelbagai Fungsi Baru Yang Ditunggu-tunggu

Diterbitkan pada Sep 17, 2011 oleh .

Dengan jualan PlayBook yang agak merudum, kini BlackBerry ingin memberikan nafas baru kembali kepadanya. Dikatakan RIM akan memperkenalkan beberapa kemaskini untuk platform terbabit pada bulan Oktober kelak, membawakan pelbagai fungsi baru yang dijanjikan sebelum ini.

Melalui kemaskini itu kelak, RIM dijangka akan menyertakan sokongan emel terbina padanya, serta kalendar yang dinantikan sekian lama. Selain daripada itu, Android App Player juga akan disertakan, membolehkan para pengguna menggunakan aplikasi Android pada tablet BlackBerry mereka.

Selain daripada itu, beberapa penambah-baikkan untuk aplikasi terbina, seperti BlackBerry Bridge dan juga pelayar web akan diperkenalkan, serta pelancaran BlackBerry Video Store yang akan membolehkan para pengguna mengakses lebih 10,000 filem dan rancangan televisyen terus daripada PlayBook mereka.

Tarikh rasmi untuk pengenalan kemaskini ini masih tidak diketahui buat masa ini, namun ianya disasarkan tidak jauh selepas DevCon San Francisco yang bakal berlangsung pada Oktober ini. Pada acara tersebut juga, beberapa perkara baru lain turut dijangka akan diperlihatkan, termasuk telefon pintar QNX yang dinantikan ramai.


TIPS & ULASAN