Facebook Raja Laman Sosial Di Malaysia – MalaysiaKini Mengungguli Kategori Media

Facebook Raja Laman Sosial Di Malaysia – MalaysiaKini Mengungguli Kategori Media

Diterbitkan pada Sep 17, 2011 oleh .

Mungkin ramai yang mengenali akan Burson-Marsteller, salah sebuah agensi perhubungan awam dan komunikasi terkemuka di Asia Pasifik. Menariknya adalah dimana kini mereka telah pun mengeluarkan sebuah infografik ringkas, memperlihatkan penggunaan laman-laman sosial dikalangan para pengguna Malaysia dan juga negara Asia Pasifik yang lain.

Secara ringkasnya, kini kadar penembusan internet di Malaysia telah pun melangkaui angka 64.7%, memperlihatkan terdapatnya lebih daripada 16,9 juta orang pengguna internet di Malaysia. Dan seperti sedia maklum, Facebook merupakan laman sosial paling popular di Malaysia, dengan mempunyai lebih daripada 11.5 juta pengguna tempatan.

Selain daripada Facebook, saluran sosial lain yang popular diikuti oleh Blogspot, WordPress, Twitter, dan menariknya, Metacafe. Dan menariknya, apabila dilihat dari segi media atas talian, MalaysiaKini mengungguli yang lain dengan lebih 50 juta paparan setiap bulan, dan diikuti oleh The Star Online di tempat kedua dengan sejumlah 34 juta paparan setiap bulan.

Walaubagaimanapun, angka ini mungkin akan berubah dengan drastik pada penghujung tahun ini, memandangkan lebih banyak kawasan baru diperkenalkan dengan sokongan jalur-lebar berkelajuan tinggi, dan juga jalur-lebar tanpa wayar, selain pada masa yang sama, lebih banyak organisasi mula memberikan perhatian serius ke atas media sosial dan juga internet secara amnya.


TIPS & ULASAN