Cari @ Amanz

Setelah mengeluarkan data mengenai laman perkongsian fail dan torrent yang diminati ramai sebelum ini, kini pihak TorrentFreak telah pun mengeluarkan data berkenaan perisian dan aplikasi Torrent yang paling banyak digunakan, dan seperti mana yang semua jangkakan, ianya diungguli oleh uTorrent, dengan penggunaan sebanyak 47.97%, iaitu menghampiri angka 50% daripada pegangan pasaran aplikasi Torrent.

Di tempat kedua adalah Vuze yang mana merupakan aplikasi torrent yang menyokong ketiga-tiga platform, iaitu Windows, Mac dan juga Linux. Selain daripada itu, antara aplikasi lain yang turut digunakan dengan banyak adalah termasuk BitTorrent Mainline, Transmission, Libtorrent, dan juga BitComet.

Baru-baru ini juga, uTorrent telah pun melepasi angka pengguna 100 juta pengguna, yang mana sekaligus merupakan aplikasi torrent nombor satu dunia buat masa ini. Pada masa yang sama, ianya juga diperkatakan yang mana uTorrent turut sama akan melancarkan aplikasi berbayar mereka tidak lama lagi.

Jadi, bagi anda pula, apakah aplikasi Torrent kegemaran anda?

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd