Cari @ Amanz

Salah satu perkara yang sering diperkatakan sejak dari pembangunan Windows 8 tempoh hari adalah dimana ianya akan diintegrasikan bersama-sama dengan Windows Phone, dan kini petanda awalnya mula kelihatan, apabila melalui video demo yang diperlihatkan sebelum ini, ianya memperlihatkan ruangan yang menunjukkan panggilan yang tidak dijawab pada desktop dengan antaramuka Metro.

Walaubagaimanaoun, info mengenainya masih lagi tidak dapat dipastikan sepenuhnya. Mungkinkah ianya akan menyokong fungsi sync antara Windows 8 dan juga peranti Windows Phone? Ataupun adakah ianya akan membawakan sokongan panggilan terus padanya, seperti mana pada tablet Samsung Galaxy Tab?

Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenainya. Sementara itu, anda boleh ikuti ulasan Windows 8 di Amanz, ataupun memuat-turun dan menggunakannya sendiri pada desktop anda.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd