Cari @ Amanz

Mungkin semua sedia maklum akan mengenai aktiviti TwtupRaya, yang mana mengumpulkan semua pengguna Twitter bersempena dengan Hari Raya. Selain daripada TwtupRaya, penganjurnya, yang mana sebelum ini turut pernah menjayakan Oct23rdTwtip pada tahun lepas, turut akan mengadakan salah satu acara besar-besaran pada tahun ini, dipanggil OctTwtFest.


Twtupraya [via]

Buat masa ini, lokasinya masih tidak diketahui lagi. Namun tarikh yang diperkatakan adalah seperti pada tahun lepas, iaitu pada 22 Oktober. Ianya juga turut dijangka akan disertai oleh lebih ramai pengguna Twitter tempatan berbanding tahun lepas, dengan lebih ramai penaja, dan lebih banyak aktiviti untuk tahun ini.

Sama-sama kita nantikan informasi lanjut berkenaan dengan perkara ini daripada pihak penganjurnya tidak lama lagi.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd