Cari @ Amanz

Selain daripada antaramuka baru, menariknya melalui Firefox 9 kelak, Mozilla turut sama akan membawakan beberapa kelainan dan perkara baru, termasuk pengurus muat-turun yang diberikan nafas baru. Buat masa ini, para pengguna yang berminat boleh menguji fungsi tersebut melalui Firefox 9 Nightly yang ditawarkan untuk pelbagai platform.

Menariknya melalui pengurus muat-turun Firefox yang baru ini adalah dimana ianya tidak lagi menggunakan tetingkap berasingan seperti sebelum ini, sebaliknya menggunakan fungsi pop-up, sekaligus memudahkan para pengguna menguruskan muat-turun mereka, tanpa perlu ke tetingkap yang lain.

Mungkin Firefox 9 turut sama akan membawakan lebih banyak perubahan, yang mana akan menjadikannya lebih menarik daripada sedia ada. Buat masa ini, Firefox 9 masih lagi pada saluran Nightly, dan dijangka akan dilepaskan kepada umum sekitar penghujung tahun ini, atau awal tahun hadapan.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd