RakanSukan – Projek Dana Belia 1Malaysia Bakal Dilancarkan Oktober Ini

RakanSukan – Projek Dana Belia 1Malaysia Bakal Dilancarkan Oktober Ini

Diterbitkan pada Sep 18, 2011 oleh .

Mungkin semua sedia kenali akan Projek Dana Belia 1Malaysia, dan salah satu penerima dibawahnya adalah RakanSukan.com yang dianugerahkan RM150,000 untuk membangunkan laman tersebut. Kini, setelah sekian lama, perkembangannya dilihat, menunjukkan yang mana laman RakanSukan.com itu akan dilancarkan pada bulan Oktober ini.

Secara kasarnya, RakanSukan.com dilihat sebagai salah satu laman sosial yang mengabungkan dan menghimpunkan mereka dengan minat yang sama, serta melalui halaman tersebut, mereka boleh mengetahui apakah acara-acara menarik berhampiran yang mereka boleh sertai, serta pada masa yang sama, kekal sihat dan aktif dalam dunia sukan.

Buat masa ini, halaman utamanya hanya sekadar memperlihatkan pengiraan untuk pelancaran laman tersebut, yang mana memperlhatkan ianya bakal dilancarkan pada 1 Oktober kelak. Sama-sama kita nantikan perkembangan lanjut mengenai laman RakanSukan.com ini.


TIPS & ULASAN