Facebook Dan Hulu Akan Mengumumkan Kerjasama?

Facebook Dan Hulu Akan Mengumumkan Kerjasama?

Diterbitkan pada Sep 19, 2011 oleh .

Selain daripada Facebook Music yang bakal dilancarkan pada bulan ini pada acara tahunan f8 Facebook, kini ura-ura mula kedengaran dimana ianya diperkatakan Facebook kini dalam perbincangan bersama-sama dengan Hulu untuk mengintegrasikannya bersama-sama dalam laman sosial mereka.

Walaubagaimanapun, maklumat lanjut berkaitan dengannya masih lagi samar-samar buat masa ini. Ianya juga tidak diketahui samada adakah Facebook akan memperkenalkan suatu perkhidmatan baru dinamakan Facebook Movie, ataupun bagaimana.

Apa yang diperkatakan buat masa ini hanyalah mana Facebook dan Hulu akan diintegrasikan dengan lebih mendalam lagi. Namun begitu, untuk makluman semua, Hulu masih lagi tidak menyokong pengguna Malaysia, dan mungkin pengumumannya bersama-sama dengan Facebook tidak memberikan sebarang kesan kepada para pengguna Malaysia. Walauapapun, sama-sama kita nantikan perkembangan lanjutnya.


TIPS & ULASAN