Software Freedom Day 2011 KL Bakal Diadakan 21 September Ini

Software Freedom Day 2011 KL Bakal Diadakan 21 September Ini

Diterbitkan pada Sep 19, 2011 oleh .

Acara tahunan, Software Freedom Day kini kembali, dimana ianya bakal diadakan di Malaysia pada 21 September 2011 ini, bertempat di Universiti Kuala Lumpur, dan seperti biasa, ianya dibuka kepada semua tanpa sebarang bayaran. Melalui acara tersebut, pelbagai perkara menarik bakal dikongsikan, daripada dunia sumber terbuka, kepada pelbagai tajuk menarik yang lain.

Secara ringkasnya, Software Freedom Day adalah salah satu acara yang menghimpunkan komuniti dan menerangkan mengenai kebebasan penggunaan perisian, serta mempromosikan penggunaan perisian sumber terbuka. Untuk tahun 2011, SFD Kuala Lumpur akan membincangakan mengenai beberapa perkara menarik, termasuk mengenai Mozilla, Debian, openSUSE, dan pelbagai aplikasi sumber terbuka yang lain.

Para pengguna yang berminat boleh mendapatkan maklumat lanjut mengenai Software Freedom Day 2011 Kuala Lumpur ini melalui halaman rasmi mereka, ataupun mendaftarkan diri untuk mengikuti acara tersebut melalui halaman Facebook mereka. Kami di Amanz juga akan cuba untuk membawakan kemaskini langsung terus dari sana untuk para pembaca.


TIPS & ULASAN