UMobile Kini Menawarkan Perkhidmatan BIS Serendah RM25 Sebulan

UMobile Kini Menawarkan Perkhidmatan BIS Serendah RM25 Sebulan

Diterbitkan pada Sep 19, 2011 oleh .

Ianya tidak dapat dipastikan bilakah UMobile mengemaskini pelan BIS mereka, namun begitu, melalui kemaskini yang dilakukan, ianya menunjukkan, kini UMobile menawarkan perkhidmatan prabayar BIS mereka pada kadar yang amat menarik, iaitu pada hanya RM0.88 sen sehari untuk mengakses perkhidmatan Internet Blackberry dan juga melayari video tanpa had.

Selain daripada pelan harian, UMobile juga turut menyediakan pelan mingguan pada kadar RM8 seminggu, dan pelan bulanan pada kadar RM25 sebulan. Walaubagaimanapun, walaupun ianya dipromosikan sebagai penggunaan data tanpa had, ianya masih tertakluk kepada FUP yang ditetapkan oleh UMobile.

Namun begitu, harga serendah RM25 sebulan adalah sesuatu yang menarik, dan amat rendah. Selain daripada UMobile, TuneTalk turut sama menawarkan kadar yang amat rendah, iaitu pada harga cuma RM28 sebulan atau RM98 sen sehari untuk sokongan penuh BIS.


TIPS & ULASAN