Cari @ Amanz

Seperti sedia maklum, semalam (18 September), sebuah acara khas mengumpulkan para pengguna Twitter telah diadakan, iaitu #TwtupRaya. Kini, melalui data yang telah dikeluarkan oleh penganjurnya, ianya memperlihatkan yang mana seramai 305 orang telah menghadirkan diri pada acara tersebut, sekaligus merapatkan perhubungan antara para pengguna Twitter bukan sahaja di alam maya, tetapi turut sama di dunia luar.

Selain daripada #TwtupRaya, penganjurnya juga kini dalam perancangan untuk mengadakan acara tahunan mereka, iaitu pertemuan antara para pengguna Twitter tempatan terbesar pada bulan Oktober. Untuk tahun ini, ianya akan dikenali sebagai #OctTwtFest, dan dijangka akan menjadi salah satu acara terbesar di Malaysia untuk tahun ini.

Buat masa ini, informasi berkaitan dengan #OctTwtFest masih lagi sedikit, dan cuma diketahui yang mana ianya bakal diadakan di sekitar Lembah Klang pada 22 Oktober kelak. Lokasinya dijangka akan diumumkan tidak lama lagi.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd