Domain LivingSocial.com.my Didaftarkan – Adakah Penjenamaan Semula Everyday.com.my Akan Berlaku?

Domain LivingSocial.com.my Didaftarkan – Adakah Penjenamaan Semula Everyday.com.my Akan Berlaku?

Diterbitkan pada Sep 19, 2011 oleh .

LivingSocial MalaysiaDengan LivingSocial yang kini telah pun memasuki arena pasaran Malaysia melalui Everyday.com.my, kini ianya dilihat yang mana mereka telah pun mendaftarkan nama domain LivingSocial.com.my, sekaligus memperlihatkan penjenamaan semula perkhidmatan tersebut tidak lama lagi. Buat masa ini, nama domain tersebut membawa pengguna ke halaman Everyday.com.my.

Selain daripada penggunaan nama domain, tiada sebarang penjenamaan LivingSocial yang kelihatan pada laman Everyday buat masa ini, dan ianya masih kekal menggunakan jenama Ticket Monster buat masa ini. Namun, mungkin kita akan dapat melihat perubahannya tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikan perkembangan LivingSocial di Malaysia tidak lama lagi.


TIPS & ULASAN