Facebook Music Akan Dilancarkan Hasil Kerjasama Lebih 10 Syarikat Pada Khamis Ini

Facebook Music Akan Dilancarkan Hasil Kerjasama Lebih 10 Syarikat Pada Khamis Ini

Diterbitkan pada Sep 19, 2011 oleh .

Dengan acara Facebook F8 yang semakin hampir, kini sedikit demi sedikit informasi berkaitan dengan Facebook Music mula kedengaran. Ia diperkatakan yang mana Facebook bakal melancarkan perkhidmatan baru mereka itu pada 22 September ini dengan kerjasama bersama-sama dengan lebih 10 syarikat, termasuk Spotify, Rhapsody dan juga Rdio.

Buat masa ini, ianya masih tidak diketahui sepenuhnya bagaimanakah Facebook Music akan beroperasi, dan bagaimanakah fungsi-fungsi sosial akan diintegrasikan padanya. Ia hanya diperkatakan yang mana para pengguna boleh berkongsi mendengarkan lagu bersama yang lain, serta membawakan kemaskini semasa mengenai lagu yang sedang anda dengarkan terus pada halaman profail anda.

Selain daripada itu, salah satu perkara yang masih tidak diketahui adalah sokongan Facebook Music di luar Amerika Syarikat. Ianya masih tidak diketahui samada adakah ianya akan disokong di Malaysia, ataupun hanya di Amerika ketika pelancarannya kelak.

Walauapapun, sama-sama kita nantikan pengumuman Facebook Music pada hari Khamis ini.


TIPS & ULASAN