Cari @ Amanz

Jikalau sebelum ini, melalui halaman tawaran peranti Nokia N9, ketiga-tiga syarikat telekomunikasi tempatan diperlihatkan, melalui kemaskini terbaru mereka, ianya menunjukkan yang mana kini hanya dua buah syarikat telekomunikasi diperlihatkan padanya, iaitu Celcom dan DiGi.

Sebelum ini, ianya diperkatakan yang mana ketiga-tiga syarikat telekomunikasi tempatan mungkin akan menawarkan peranti Nokia N9 di Malaysia. Nokia N9 telah dilancarkan di Malaysia pada minggu lepas, dan ianya dijangka akan mula dijual bermula daripada awal bulan Oktober kelak.

Nokia N9 ditawarkan pada harga RM1799 untuk 16GB dan RM2088 untuk 64GB, dan berkemungkinan syarikat telekomunikasi akan menyediakan pelbagai pakej menarik dalam usaha untuk menarik para pengguna membeli melalui mereka. Sama-sama kita nantikan siapakah yang akan tawarkan peranti tersebut, dengan bulan Oktober yang semakin hampir menjelang tiba.

© 2023 Amanz Media Sdn Bhd