Buat masa ini, terdapat pelbagai aplikasi menarik untuk iPhone, dan kini, salah satu syarikat pengedar barangan automotif, iaitu Valeo memperlihatkan sistem parkir mereka, Park4U yang mana boleh dilakukan dengan mudah melalui penggunaan iPhone sahaja. Perkara ini sekaligus memudahkan para pengguna meletakkan kenderaan mereka dimana sahaja.
Valeo mengatakan yang mana teknologi ini dibangunkan untuk memudahkan para pengguna meletakkan kenderaan di tempat-tempat sempit dengan mudah. Buat masa ini, aplikasi iPhone ini masih lagi pada peringkat pembangunan dan belum dilancarkan kepada umum. Namun begitu, ianya diperkatakan teknologi tersebut telah pun digunakan dalam beberapa kenderaan yang dijana menggunakan teknologi Valeo melalui penggunaan suatu alat kawalan khas.
Jadi, apa komen anda mengenai teknologi ini?