Facebook Akan Membolehkan Kemaskini Dihantar ke Twitter Dengan Mudah

Facebook Akan Membolehkan Kemaskini Dihantar ke Twitter Dengan Mudah

Diterbitkan pada Sep 19, 2011 oleh .

Setelah sebelum ini Twitter memperkenalkan cara mudah untuk menghantar kemaskini ke akaun Facebook, nampaknya kini pihak Facebook akan melakukan perkara sama, dimana ianya diperkatakan Facebook bakal memperkenalkan sokongan untuk menghantar kemaskini ke Twitter dengan mudah. Namun begitu, tiada sebarang tarikh diberikan untuk pelancaran fungsi tersebut.

Sebelum ini, hanya Facebook Pages sahaja disokong dengan fungsi sedemikian, dan tidak bagi halaman profail dan yang lain-lain. Ianya turut diperkatakan berkemungkinan Facebook akan memperkenalkan fungsi sedemikian seawal 22 September ini ketika acara F8 oleh Facebook.

Sama-sama kita nantikan perkembangan perkara ini yang mana mungkin akan membawakan kesan drastik dalam penggunaan laman sosial.


TIPS & ULASAN