Penganalisa : Apple Bakal Memperkenalkan iPhone 5 Dan iPhone 4-Plus

Penganalisa : Apple Bakal Memperkenalkan iPhone 5 Dan iPhone 4-Plus

Diterbitkan pada Sep 20, 2011 oleh .

Dengan hampirnya bulan Oktober, kini ura-ura berkenaan iPhone generasi baru makin kuat kedengaran, dimana ia kini sekali lagi dilaporkan yang mana Apple akan melancarkan dua telefon pintar daripada keluarga iPhone, iaitu iPhone 5 dan juga iPhone 4-Plus untuk negara-negara membangun, terutamanya China.

Laporan baru ini seiring dengan laporan pada bulan lepas mengatakan yang mana Apple bakal melancarkan iPhone 4 dalam variasi 8GB pada harga yang lebih murah, membolehkan para pengguna di negara-negara membangun mampu memilikinya.

Selain daripada itu, ianya turut dilaporkan yang mana iPhone 5 yang dinantikan ramai itu akan membawakan rekabentuk yang lebih nipis dan ringan, serta membawakan kedua-dua teknologi CDMA dan GSM padanya, selain turut membawakan cip pemprosesan A5 atau cip baru A6 padanya.

Apple dijangka akan memperkenalkan iPhone generasi baru mereka itu pada penghujung bulan ini ataupun pada bulan Oktober kelak.


TIPS & ULASAN