Sepertimana yang dilaporkan semalam, kini Google telah pun melancarkan Google Wallet secara rasminya dengan kerjasama beberapa pihak, termasuk Visa dan juga American Express. Namun seperti dijangkakan, buat permulaan ini, ianya hanya untuk para pengguna Amerika Syarikat sahaja, dan memerlukan peranti yang menyokong NFC, seperti Nexus S.
Google juga dijangka akan memperkenalkannya untuk pelbagai platform lain, dan akan dimulai dengan Android. Seperti sedia maklum, peranti Android yang menyokongnnya buat masa ini adalah amat-amat terhad dan sedikit. Namun, dengan kini lebih ramai bercakap mengenai NFC, kita mungkin akan dapat melihat ianya ditumpukan melalui Android Ice Cream Sandwich kelak.
Seliin daripada itu,, ianya masih tidak diketahui bilakah kita akan dapat melihat sokongan Google Wallet di Malaysia. Sama-sama kita nantikannya.