Cari @ Amanz

Selamat datang editor jemputan, Ehsan Azharuddin, dan temuramah ini dikendalikan beliau.

Salah satu perkara yang selalu kita dengar dalam mana-mana industri adalah “JANGAN bekerja bersama pasangan anda” (suami/isteri). Kebiasaanya ia juga bermaksud kita mencampurkan perkara yang peribadi dengan perihal kerja. Apapun, terdapat contoh mereka berdua berpasangan dapat melakukan kerja dengan sempurna. Dalam temuramah ini, saya menemuramah Fuad Md Din & Ida Rahayu Yusoff, pasangan yang telah bekerja bersama di Les’ Copaque Production selama 4 tahun dan lihatlah bagaimana mereka boleh bekerjasama. Saya juga telah berkawan dengan kedua mereka sejak zaman university dan telah melihat mereka daripada hanyalah pelajar, menjadi pengarah (Fuad) dan Ketua reka – letak (layout) / Ida

Temuramah ini diadakan di Homst Shah Alam, 9 Jun dimana keduanya baru sahaja selepeas perjumpaan produksi dan mereka berdua keletihan. Mereka sedang makan semasa temuramah ini.

 

(perkataan italic adalah soalan dari Ehsan )

Macam mana anda mengenali sesama sendiri?

Fuad: Kitorang jumpa kat mmu, masa tengah study. Through our friends.

Ida: Tapi kitorang dah chat lama dah kut. You yang ajak keluar kan?

Kenapa mahu bekerja bersama-sama?

Fuad: Banyak benda boleh experience sama-sama.

Itu alasan utama ke?

Fuad: Yeap, dan kitorang dua in the same field. Aku masa kat universiti ambik Virtual Reality course, dan Ida masa kat university ambik Animation

Ida: Rasa dulu pun sebab…[looks at Fuad] Fuad masuk Les’ Copaque nak buat apa?

Fuad: Masa tu Storyboard.

Ida: And kita masuk Les’ Copaque pun sebab nak buat movie, so arah tuju kitorang pun memang dah sama. Bukan sebab nak kerja dengan you! [grins]

Fuad: [laughs]

Ida: Sebab masing-masing, memang ada minat yang sama.

Anda berdua bekerja bersama selepas habis belajar?

Ida: Fuad masuk dulu as part-time kan?

Fuad: Yep, masa tengah belajar during final year. Ida masuk lepas faculty dia punya showcase

Ida: Habis showcase je pergi makan-makan dengan budak budak Les’ Copaque kan?

Anda berdua dipanggil untuk interview atau anda meminta bekerja di Les’Copaque?

Ida: Kita apply. Lepas habis showcase tu Les’ Copaque minta hantar showreel.

Fuad: Sebelum tu pun Ida memang selalu ikut ke ofis, masa part-time dulu. So dia memang kenal budak-budak kat ofis pun.

Ada kenangan manis semasa bekerja tak ?

Ida: [laughs, and looks at Fuad] Masa kerja kitorang kena professional kan? Sebab you boss kita.

Fuad: Agak la.

Ida: Sebab Fuad dulu head of storyboard. Kita kerja bawah dia.

Fuad: Tapi kenangan paling best masa Geng keluar kat wayang. Masa Upin & Ipin keluar masa bulan puasa tu… tengah crunch time untuk production Geng.

Bila Geng keluar rasa macam accomplished something. Masa musim-musim baru Upin & Ipin keluar ada, tapi tak sebesar.

Kenangan pahit pulak?

Ida: Kena marah dengan Fuad! Sebab dia head of storyboard, so dia kena reject shot. Sampai menangis kut! [both laughs]

Tapi masa mula la, sebab tak dapat bezakan Fuad yang boss, dan Fuad yang boyfriend. Tapi lama-lama, lepas dah boleh adapt… Fuad pun selalu pujuk balik.

Apa pesanan kepada pasangan diluar sana?

Fuad: Maintain professional. Masa kat office, make sure professional. Tu je. Sebab benda ni privilege. Bukan semua tempat boleh dapat. So jangan buat hal, dan jaga manners. Especially manners.

Ida: Lagi satu pasal professional… bila your other half tak tolong you masa work, masa your other half tak defend you or anything kan, jangan terasa. Sebab itu memang definisi professional. Sebab kadang-kala kalau kita buat something salah, and kita expect Fuad defend kita everytime, save kita everytime, salah kut kalau macam tu.

Fuad: Also, kalau gaduh dengan your other half kat office, the best way is to focus buat kerja. Tu yang penting. After working hours tu we talk about it, rationally.

Ida: bila dah lama dah couple kan… macamana?  [looks at Fuad] I mean kalau kita gaduh masa awal-awal dulu kan… Kitorang gaduh memang teruk! Bila fuad bercakap and kita bercakap at the same time masa argue, then siapa nak dengar? Tapi sekarang macam… lagi rational.

So better kalau discuss personally, or by using phones or chat-

Ida: Face to face. Tapi kalau gaduh masa office kan, kita just sit down and focus on work, and sebab semua orang kat sekeliling buat lawak semua, hati dah sejuk [laughs]

Fuad: Selalu gaduh sebab benda kecik je pun.

So apa pulak lepas ni plan anda berdua ?

Ida: KAHWIN!

[both laughs]

Bila?

Fuad: September, Insyallah.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd