Cari @ Amanz

Bersama kita minggu ini adalah Mimi Mashud, dari Stoodle.

1. Beritahu sedikit mengenai diri anda dan apa yang anda buat (nyatakan URL portfolio/twitter/FB page/ apa sahaja yang berkaitan pada ruangan ini)

Saya ialah seorang ilustrator/designer. Sudah berkecimpung dalam bidang ini lebih kurang tiga tahun secara freelance. Sebelum ini saya pernah bekerja dengan syarikat IT tempatan sebagai pereka web/multimedia selama lima tahun.

Perkhidmatan yang saya tawarkan adalah dalam bentuk ilustrasi, web design, identiti korporat, print design, basically, anything design-related lah!

Portfolio saya boleh diakses di http://mimimashud.com. Juga some random sketches di http://mimsmash.tumblr.com. Dan juga Stoodle!http://stoodle.wordpress.com. Twitter: @stoodlerist.

2. Beritahu kami mengenai portfolio anda yang dibanggakan

Projek untuk Yahoo! Southeast Asia untuk melukis doodle yang digunakan untuk menghias Honda Jazz mereka. My doodles zooming around town in Singapore! (I hope the guy hasn’t taken the car decals off).

http://stoodle.wordpress.com/2009/12/21/pimp-my-ride-singapore-the-yahoo-youreka-version/

3. Kongsikan pengalaman anda yang paling menarik didalam industri ini

 

Stoodle? Melukis untuk album cover Flop Poppy? Doodles on a car? Buka gerai di Urbanscapes 2009? Kolaborasi dengan various passionate startups? Tidak adil untuk saya memilih. Pada saya, semuanya akan jadi menarik if it’s something you love doing.

4. Pendapat anda mengenai industri ini di Malaysia.

Industri ilustrasi – pada pendapat saya, industri ilustrasi di Malaysia masih boleh dianggap muda, dari segi demand. Majalah tempatan misalnya, tidak banyak menggunakan ilustrasi di dalam content mereka, tetapi lebih cenderung ke arah menggunakan mostly teks dan foto untuk menyampaikan mesej. Berbeza jika dibandingkan dgn majalah dari luar, Wired, atau Runner’s World misalnya, hampir setiap muka surat mereka dipenuhi dengan ilustrasi dari berbagai artis.

Mungkin ini adalah isu masa dan deadline, it is faster to snap a photo than to come up with a drawing of the same detail!

Walaupun begitu, tidak bermakna tidak ada demand untuk ilustrator-ilustrator tempatan. Yang bagus tentang industri yang masih muda ialah ilustrator perlu kreatif mencari niche masing-masing – once you’ve found your niche, and you’ve proven yourself to be very good at it, there’s a very good chance you’ll dominate that niche. Itu kelebihan berada dalam industri yang masih baru.

Tetapi dari segi supply, Malaysia memang ramai ilustrator-ilustrator berbakat, dan masing-masing dengan gaya tersendiri.

5. Harapan anda terhadap industri kreatif pada masa akan datang.

The future is now, my friends.

Kita boleh berharap untuk lebih exposure, lebih respect, lebih semuanya, tetapi ia takkan terjadi if we don’t do something about it today.

(Juga, platform tempatan kreatif yang boleh diakses semua – baik dari segi supply dan demand – would be nice. Kreative.my, TAG, YOU’RE IT!)

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd