Cari @ Amanz

Setelah memperkenalkan OnePlan sebelum ini, kini P1 menambah tawaran pakej melalaui pelan tersebut, dimana terkini pakej OnePlan 69 diperkenalkan menawarkan para pengguna perkhidmatan jalur-lebar pada harga serendah RM49 untuk tiga bulan pertama, dan menawarkan kelajuan sehingga 1Mbps melalui pakej tersebut.

Pada masa yang sama, pelan OnePlan 69 juga turut sama menawarkan lebih 100 minit percuma untuk tiga bulan pertama. Ianya mungkin merupakan salah satu pelan yang amat sesuai bagi mereka yang ingin menguji pelan jalur-lebar P1, apatah lagi mereka menjanjikan jaminan wang kembali sekiranya para pelanggan tidak berpuas hati.

Melalui OnePlan, P1 menyertakan dua peranti khas, yang mana satu dikhaskan untuk penggunaan didalam rumah, dan satu lagi untuk urusan penggunaan diluar-rumah. Walaubagaimanapun, had penggunaan data sebanyak 3Gb mungkin agak sedikit. Namun begitu perkara ini boleh diatasi dengan mengemaskini kepada pelan yang lebih besar, ataupun membeli kuota tambahan pada harga yang disediakan oleh P1.

© 2024 Amanz Media Sdn Bhd