UMobile Bakal Menawarkan Galaxy S2 Pada Harga Serendah RM849?

UMobile Bakal Menawarkan Galaxy S2 Pada Harga Serendah RM849?

Diterbitkan pada Sep 20, 2011 oleh .

Ianya kini kelihatan yang mana UMobile telah pun mula menghantar SMS promosi kepada para penggunanya, memperlihatkan yang mana mereka akan menawarkan peranti Samsung Galaxy S2 pada harga serendah RM849 dengan pakej khas UMobile. Namun begitu, buat masa ini masih tiada sebarang kemaskini pada laman rasmi mereka.

Dengan penyertaan UMobile, ianya akan menjadikannya sebagai syarikat telekomunikasi yang ke empat menjual peranti Android yang menjadi permintaan ramai itu, setelah Maxis, Celcom dan juga DiGi. Selain daripada itu, ianya juga pernah diperkatakan TuneTalk mungkin turut sama akan membawakan peranti dari Samsung kepada para penggunanya tidak lama lagi.

Pakej dan pelan yang ditawarkan oleh UMobile untuk Samsung Galaxy S2 masih tidak diketahui buat masa ini, dan mungkin akan dikemaskini oleh mereka tidak lama lagi. Sama-sama kita nantikannya.


TIPS & ULASAN